Netflix Sedang Menguji Ciri “Game Handle” Untuk Sesi Permua Atas Talian

Diterbitkan pada Ogos 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Untuk mengekalkan dominasi dalam pasaran, Neftlix melabur ke dalam beberapa syarikat pembangun permainan video dan juga melancarkan Netflix Games. Percubaan mereka masih belum benar-benar berjaya dengan hanya sekitar 1% pelanggan memanfaatkan Netflix Games.

Tetapi mereka mungkin mempunyai pelan yang besar untuk platform permainan video mereka dengan ciri Game Handle sedang diuji. Ciri ini ditemukan oleh Steve Moser seorang pembangun permua.

Gambar : Screenshot: Emma Roth / The Verge

Dengan ciri Game Handle, pelanggan Netflix boleh memilih nama lain yang ingin digunakan ketika bermain secara atas talian. Adalah sudah menjadi kebiasaan peminat permainan video tidak menggunakan nama sebenar ketika bertarung. Selain menggunakan nama lain dari nama yang digunakan pada akaun Netflix, ia juga mengaktifkan ciri Leaderboard bagi membolehkan mereka melihat status mereka di kalangan pengguna lain dan rakan-rakan.

Ciri ini masih diuji dan belum diberikan kepada semua. Adakah pengenalan mod lebih kompetitif dan nama baharu akan mengubah nasib Netflix yang baru sahaja dipintas Disney+ sebagai platform penstriman nombor satu dunia.

komen


© Amanz / 2022 Kami