Beberapa bulan lalu, produk audio generasi kedua Nothing telah tertiris. Produk ini dikatakan akan digelar sebagai Nothing Ear (1) Stick, iaitu TWS yang sama dengan pod pengecasan baharu yang lebih panjang.
TWS ini juga dikatakan adalah versi mampu milik dengan putik telinga tidak boleh tukar kerana menggunakan konsep seakan earpod. Ia dikhabarkan akan hadir dengan sokongan pembatalan hingar aktif, Bluetooth 5.2, perlindungan IP54 dan bateri yang bertahan sehingga 30 jam.

Butiran lanjut mengenai TWS ini masih dirahsiakan. Tetapi pelancarannya mungkin akan berlaku dalam masa terdekat, kerana Nothing Ear (1) Sticks sudah tersenarai di SIRIM beberapa hari yang lalu. Kita boleh jangkakan yang akan ada produk audio baharu diumumkan oleh mereka dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan.