Pelancaran misi Artemis I menggunakan roket SLS dibatalkan untuk kali kedua sebentar tadi selepas kebocoran dikesan pada kabel paip yang mengisi bahan api. Keputusan membatalkan pelancaran Artemis I diambil sekitar 2.5 jam sebelum ia dijadualkan oleh NASA. Sebelum ini misi dibatalkan pada 29 Ogos kerana isu dengan enjin roket.

Artemis I sepatutnya menjadi misi pertama untuk menguji kemampuan SLS menghantar kapsul Orion mengelilingi bulan sebelum kembali ke bumi. Tiada krew manusia terlibat cuma sebuah patung dengan pelbagai sensor diletakkan dalam kapsul Orion. Dengan pelancaran dibatalkan malam ini, NASA mungkin akan cuba melakukan pelancaran pada hari Isnin akan datang pula.
Misi Artemis cuba mengembalikan semula manusia ke permukaan bulan menjelang 2024 dengan salah seorang angkasawan misi akan menjadi wanita pertama. Ini akan membuka pintu kepada pembinaan markas di permukaan bulan untuk melancarkan misi ke Marikh pula.