Isu kandungan lucah atas talian telah wujud sejak hari pertama internet mula diakses. Saban tahun pelbagai sistem diperkenalkan di Malaysia untuk mengelakkan laman-laman lucah diakses pengguna tempatan. Tetapi isu ini menjadi semakin serius apabila melibatkan kandungan bawah umur.

Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun semalam berkata di Malaysia 106,764 alamat IP telah dikesan terlibat dengan kandungan lucah bawah umur dari 2017 hingga Ogos 2022. Ini adalah isu yang membimbangkan kerana jumlah IP yang kesan menunjukkan peningkatan.
Sebelum ini pada tahun 2018, pengguna di Malaysia adalah yang paling tinggi mengkases kandungan pornografi kanak-kanak bawah umur di Asia Tenggara. Pihak Polis Diraja Malaysia juga sudah memantau pengguna yang mengakses kandungan lucah awah umur menggunakan perisian Internet Crime Against Children — Child Online Protective Services (ICACCOPS).
- Sumber
- Sumber – Bernama