Carian
Google Pixel 7 Dan Pixel Watch Akan Dilancarkan Pada 6 Oktober
September 7, 2022 Effi Saharudin

Pagi ini Google akhirnya mengesahkan acara Made by Google akan berlangsung pada 6 Oktober hadapan. Pada acara yang pastinya dinantikan ramai, jama tangan pintar Pixel 7 dan Pixel 7 Pro serta jam tangan Pixel Watch pastinya akan dilancarkan secara rasmi selepas rekaannya diperlihkan ketika Google I/O bulan Mei lalu.

Selain itu Chromecast baharu yang dikemaskini juga mungkin diperlihatkan. Acara tahun ini berlangsung secara fizikal. Dengan Samsung telah melancarkan Galaxy Watch5, adalah menarik untuk melihat apakah ciri menari pada Pixel Watch yang akan menjadikannya unik di pasaran. Bagi peminat Pixel di pasaran, saban tahun wujud harapan akhirnya Google akan menawarkan peranti mereka secara rasmi di Malaysia.

Komen