iPhone 14 Yang Dijual Di China Tidak Menyokong Ciri SOS Kecemasan Menggunakan Satelit

Diterbitkan pada Sep 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara ciri menari yang diumumkan awal pagi tadi pada siri iPhone 14 dan iPhone 14 Pro ialah sokongan penghantaran mesej SOS kecemasan menggunakan satelit. Dengan ciri ini pengguna iPhone 14 boleh menghantar mesej pesanan ringkas kecemasan bagi mendapatkan bantuan kecemasan apabila tiada sokongan rangkaian selular atau WiFi.

Untuk merealisasikan ciri ini, Apple bekerjasama dengan Globalstar dengan pengguna turut boleh memastikan diri mereka boleh dikesan menggunakan ciri Find My apabila sesat. Pada waktu ini ciri ini akan diterima oleh pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada bermula November kelak dengan ia ditawarkan percuma selama dua tahun.

Namun begitu Apple mengesahkan peranti yang dibeli dari China Hong Kong, dan Makau tidak akan menyokong ciri SOS kecemasan ini. Ini besar kemungkinan perkhidmatan ini akan menggunakan sistem satelit berbeza. Huawei Mate 50 yang dilancarkan minggu ini turut mempunyai ciri yang sama tetapi menggunakan satelit Beidou 3.

komen


© Amanz / 2022 Kami