Cari @ Amanz

Nothing akan melancarkan TWS mereka yang seterusnya di bawah nama Nothing Ear (stick) dan bukannya Nothing Ear (1) Stick yang diramalkan sebelum ini.. Berdasarkan imej promosi rasmi yang diperlihatkan di media sosial, fon telinga ini hadir dengan pod simpanan merangkap pengecas berbentuk silinder.

Kerana ia masih lagi sebuah produk Nothing, sebahagian pod simpanan ini diperbuat daripada bahan lutsinar. Putik audionya pula masih lagi sama dengan Ear (1) yang dilancarkan sebelum ini. Besar kemungkinan ciri yang akan disokong oleh Ear (stick) sama seperti Ear (1) cuma bekas simpanan yang tidak lagi berbentuk kotak.

Tiada maklumat bilakah Ear (stick) akan dilancarkan secara rasmi tetapi fon telinga ini telah melepasi laman SIRIM sejak awal bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd