Lebih 90 video permainan video GTA 6 tertiris ke arena web minggu ini selepas Rockstar Games digodam. Penggodam turut memberikan ancaman jika wang tebusan tidak dibayar, kod sumber GTA V dan GTA VI akan turut disebarkan. Insiden ini disahkan sendiri oleh Rockstar Games dengan penggodam ini turut dipercayai terlibat dalam serangan ke atas Uber sebelum ini.
Semalam polis di United Kingdom telah menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di Oxfordshire kerana dipercayai terlibat dengan kedua-dua serangan di atas. Walaupun maklumat lebih lanjut belum dikongsi, beliau mungkin antara anggota kumpulan penggodam Lapsus$ yang terlibat dalam beberapa kes serangan siber yang berlaku sejak akhir-akhir ini.