Banyak yang Meta umumkan hari ini, selain daripada Meta Quest Pro, Codec Avatars 2.0 dan teknologi EMG Meta yang membolehkan permainan dikawal tanpa tangan. Meta akan datang akan menambah sokongan pelbagai perkhidmatan Microsoft untuk digunakan secara lebih imersif dalam dunia maya dan boleh berinteraksi dengan rakan pekerja serta pengguna lain melalui Avatar.

Pertama, Microsoft Teams akan ditambah ke Meta Quest untuk penggunaan telesidang yang lebih imersif. Dengan penambahan ini pengguna boleh melakukan panggilan video, audio, berbual serta melengkapkan urusan kerja masing-masing dengan Avatar.
Ciri ini akan dimasukkan dalam Horizon Workrooms, di mana Microsoft turut akan menambah sokongan Microsoft Windows 365 untuk membawakan pengalaman penggunaan komputer Windows dalam dunia maya. Ciri ini akan disokong pada Meta Quest 2 dan Meta Quest Pro. Bukan itu sahaja, sokongan Microsoft 365 turut akan ditambah untuk penggunaan perisian seperti Word, Excel dan PowerPoint.

Untuk pengguna perusahaan, Microsoft Intune dan Azure Active Directory turut akan disokong pada Meta Quest 2 dan Meta Quest Pro agar penggunaan kerja dan produktiviti lebih selamat dan mudah diuruskan. Bagi mereka yang gemarkan permainan video grafik tinggi, Xbox Cloud Gaming turut akan ditambah dalam Meta Quest akan datang.