Microsoft Dilaporkan Tidak Mempunyai Perancangan Untuk HoloLens – IVAS Untuk Tentera Pula Bermasalah

Diterbitkan pada Okt 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di acara Meta Connect semalam, Microsoft telah memberikan sokongan Office 365, Teams dan Xbox Cloud Gaming pada platform Meta Quest. Pengumuman yang agak mengejutkan kerana Microsoft mempunyai set kepala HoloLens mereka sendiri yang lebih berupaya berbanding Meta.

Menurut laporan Business Insider ini adalah kerana pada waktu ini Microsoft tidak mempunyai sebarang perancangan masa depan untuk HoloLens. Situasi program XR Microsoft juga hilang hala tuju selepas Alex Kipman yang merupakan pengasas HoloLens meninggalkan syarikat.

Tanpa hala tuju jangka panjang, Microsoft kini memberikan tumpuan kepada pembangunan set kepala Integrated Visual Augmentation System (IVAS) yang digunakan oleh pihak tentera. Program ini juga bermasalah dengan program ditangguhkan kerana isu ketahanan di medan perang dan cahaya dari set kepala boleh dilihat musuh pada waktu malam yang membahayakan nyawa anggota infantri yang memakainya. Isu set kepala terlalu berat dan menghalang pemandangan juga turut dilaporkan

Microsoft akan memenuhi kontrak dengan tentera Amerika Syarikat sahaja pada waktu ini dengan terdapat perancangan teknologi yang sama digunakan dalam industri aeronautik dan perkhidmatan sistem pemetaan 3D di lapangan.

komen


© Amanz / 2023 Kami