BNM Mengarahkan iPay88 Untuk Terus Memperkukuhkan Kawalan Keselamatan Siber

Diterbitkan pada Okt 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa bulan lepas, kita telah mendengar berkenaan insiden melibatkan iPay88, dimana perkhidmatan mereka digodam, sekaligus membawa kepada data kad pengguna diceroboh.

Ini seterusnya memberikan kesan kepada pengguna, dimana pelbagai bank meminta pemegang kad untuk memantau penyata bank untuk sebarang transaksi yang tidak dilakukan mereka.

Sejak daripada itu juga, beberapa pihak telah membatalkan penawaran kad, serta menggantikan kad mereka kepada pengguna.

Lanjutan daripadanya, kini Bank Negara Malaysia mengarahkan iPay88 untuk terus memperkukuhkan kawalan keselamatan siber bagi perkhidmatan mereka.

Perkara ini diarahkan BNM susulan selesainya penyiasatan forensik bebas. Ia dikatakan iPay88 telah melaksanakan langkah pembendungan dan pembetulan sewajarnya bagi menangani kelemahan sistem mereka yang telah dikenal-pasti.


BNM turut meminta langkah keselamatan tambahan diambil bagi mengelak insiden sama berulang, dan melindungi sebarang ancaman pada masa hadapan.

Pada masa yang sama, BNM mengingatkan orang ramai dimana pelanggan tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku penipuan transaksi atau transaksi tanpa kebenaran – selagi pelanggan telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya.

Orang ramai turut diminta maklumkan segera bank sekiranya terdapat sebarang transaksi luar daripada kebiasaan atau transaksi tanpa kebenaran.

komen


© Amanz / 2022 Kami