Carian
Harga Nothing Ear (1) Akan Ditingkatkan Bermula 26 Oktober – Kini Sekitar RM700
October 18, 2022 Fahim Zahar

Kemaskini: Wakil Nothing Malaysia menyatakan kepada kami, mereka tiada perancangan untuk menaikkan harga jualan di Malaysia buat masa ini. Jika ada sebarang perubahan, akan kami laporkan.


Produk pertama Nothing adalah set fon telinga nirwayar sebenar (TWS), Nothing Ear (1). Ia adalah TWS kelas pertengahan yang menawarkan rekaan menarik dan ciri seakan sepasang aksesori audio premium. Pada awal TWS ini tidaklah sehebat mana, tetapi selepas dikemaskini dengan pelbagai versi perisian ia mula menjadi lebih hebat.

Terkini, Carl Pei mengumumkan yang harga Nothing Ear (1) akan ditingkatkan kerana kos produksi yang semakin mahal. Harga jualan Ear (1) akan menjadi $149 (~RM703), berbanding sebelum ini $99 (~RM467). Harga baharu akan bermula pada 26 Oktober nanti.

Semasa Nothing Ear (1) dibina, Nothing hanya mempunyai tiga jurutera dan kini mereka sudah mempunyai 185 jurutera yang terlibat dan sejak pelancaran TWS ini – Ear (1) sudah menerima 15 kemaskini perisian menjadikan ia sebagai TWS yang berbeza berbanding dahulu. Dengan inflasi mata wang, perkembanan syarikat – mereka terpaksa meningkatkan harga jualan.

Harga jualan Nothing Ear Di Malaysia, Nothing Ear (1) dijual pada harga RM499. Jika harga pasaran Malaysia terkesan, ia mungkin akan dijual pada harga sekitar RM700.

Komen