Apple Meningkatkan Harga Jualan iPad Mini – Kini Bermula RM2,399

Diterbitkan pada Okt 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple iPad Mini telah dikemaskini pada tahun 2021 dengan rekaan baharu yang mirip dengan iPad Air dan iPad Pro. iPad Mini generasi keenam ini dijana dengan cip A15 Bionic, skrin lebih besar, menyokong Apple Pencil generasi kedua dan turut hadir dengan kamera 12MP dengan sokongan Center Stage.

Ketika dilancarkan, ia dijual pada harga bermula RM2,299 untuk model WiFi 64GB. Kini Apple dilihat telah menaikkan harga jualan iPad Mini untuk pasaran luar Amerika Syarikat dan Malaysia antara negara yang terkesan dengan harga baharu.

iPad Mini 64GB WiFi kini dijual pada harga RM2,399 (RM100 lebih mahal), 64GB WiFi + Selular pada harga RM3,149 (RM200 lebih mahal). Model 256GB WiFi pula kini pada harga RM3,149 (RM200 lebih mahal) dan 256GB WiFi + Selular pula pada harga RM3,899 (RM300 lebih mahal).

Apple tidak memberi sebarang informasi mengenai kenapa harga jualan ditingkatkan. Tetapi antara sebabnya mungkin kerana inflasi mata wang, kos yang kini semakin mendadak dan faktor ekonomi yang lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami