Microsoft Dilaporkan Sedang Membangunkan Xbox Store Untuk Peranti Mudah Alih

Diterbitkan pada Okt 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Januari lalu, Microsoft secara rasminya telah mengambil-alih Activison Blizzard – sekaligus menyertai keluarga Microsoft Gaming mereka. Selepas pengambilalihan ini, nilai saham Sony turut merudum sehingga 12 peratus.

Antara sebab pengambilalihan ini adalah untuk memastikan permainan video Activision Blizzard boleh disertakan dalam Xbox Game Pass, PC Game Pass atau juga Xbox Cloud Gaming. Antara permainan di bawah studio ini adalah Overwatch, Diablo, Call of Duty, World of Warcraft, Candy Crush dan banyak lagi.

Terkini The Verge melaporkan yang Microsoft turut mempunyai sebab lain atas pengambilalihan ini. Informasi ini diperoleh melalui dokumen yang Microsoft berikan kepada Competition and Markets Authority (CMA) United Kingdom, di mana mereka menjelaskan yang mereka sedang membangunkan gedung permainan video mudah alih Xbox. Secara asasnya, Microsoft ingin mengembangkan Xbox Store kepada platform telefon pintar.

Microsoft turut akan hadir dengan Xbox Mobile Platform dan gedung permua ini akan membantu menarik perhatian orang ramai. Ia juga adalah untuk bersaing dengan Google Play Store dan Apple App Store. Activision Blizzard turut akan menjadi peranan penting dalam pembangunan gedung permua baharu ini.

Microsoft turut secara perlahan mula menyokong konsol mudah alih Android seperti Logitech G Cloud Gaming Handheld dan Razer Edge untuk Xbox Cloud Gaming. Sokongan ini turut ada pada Steam Deck.

komen


© Amanz / 2022 Kami