Apple One Kini Ditawarkan Bermula RM29.90 Sebulan – RM78.90 Sebulan Untuk Apple One Premier

Diterbitkan pada Okt 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan kemaskini harga langganan untuk Apple Music dan juga Apple TV+, pihak Apple turut mengemaskini harga langganan untuk berkas perkhidmatan mereka, dinamakan Apple One.

Pelan asas Apple One untuk individu kini berharga RM29.90 sebulan – peningkatan sebanyak RM10 berbanding sebelum ini yang berharga RM19.90 sebulan.

Disamping itu, pelan Apple One untuk keluarga – yang boleh dikongsi sehingga lima orang pula ditawarkan pada harga RM39.90 sebulan (RM33.90 sebelum ini).

Pelan paling premium sekali, iaitu Apple One Premier yang hadir dengan sokongan perkongsian lima orang, dan juga akses ke Apple Fitness+, kini berharga RM78.90 sebulan – berbanding RM69.90 sebulan sebelum ini.

Peningkatan harga ini bukan disebabkan oleh kadar tukaran matawang, sebaliknya Apple mengatakan ia disebabkan oleh kos pelesenan yang meningkat, disamping katalog penstriman mereka yang telah berkembang pesat sejak diperkenalkan dulu.

komen


© Amanz / 2022 Kami