Carian
EMUI 13 Dilancarkan Untuk Peranti Huawei Global
October 25, 2022 Effi Saharudin

Semalam EMUI 13 telah dilancarkan secara rasmi tiga bulan selepas pelancaran HarmonyOS 3. Walaupun pada asalnya Huawei bercadang menggunakan HarmonyOS 3 pada kesemua peranti keluaran mereka di China dan global, rancangan telah ditukar memandangkan integrasi perkhidmatan khusus untuk China menjadikan sistem operasi ini tidak sesuai untuk kegunaan global.

Dari segi antaramuka EMUI dan HarmonyOS 3 kelihatan serupa dengan ciri-cir yang sama. Sebagai contoh terdapat SuperStorage yang mengurangkan penggunaan storan pada permua. EMUI 13 mengenalpasti fail manakah yang penting dan memadam fail yang tidak diperlukan pasca pemasangan aplikasi.

Terdapat juga SuperHub yang memudahkan proses berkongsi pelbagai jenis fail berbeza format yang kemudiannya dimasukkan ke dalam emel misalnya secara drag & drop. Widget yang boleh disusun dan saiz folder aplikasi yang boleh diubah juga disertakan pada EMUI 13.

Multi-Screen Collaboration kembali dengan telefon pintar boleh dikawal dalam sistem operasi Windows dan juga pada tablet yang turut menggunakan EMUI 13. Bagi yang gemar berkongsi muzik dengan teman, sistem operasi membenarkan proses menambah fon telinga HUAWEI FreeBuds Pro 2 dengan mudah. SuperDevice pula memudahkan pemilik mengawal kesemua peranti yang menyokong ekosistem Huawei.

Peranti peranti dengan EMUI 13 ialah Huawei Mate 50 dan Mate 50 Pro yang telah dibuka tempahannya di Malaysia minggu lalu dengan tarikh pelancarannya sekitar November depan.

Komen