Cari @ Amanz

Nothing malam tadi telah pun melancarkan TWS baharu mereka Ear (stick). Ia adalah versi mampu milik Ear (1) dengan fon telinga jenis separa terbuka dan bukan jenis dalam telinga. Ia hadir dengan pemacu audio 12.6mm, ditala oleh Nothing sendiri, menyertakan tiga mikrofon HD, hadir dengan perlindungan IP54, tambatan pantas dan dijual pada harga RM469.

Jualan Nothing Ear (stick) di Malaysia akan bermula pada 28 Oktober melalui kedai pakaian Crossover. Sementara jualan melalui kedai-kedai lain serta di atas talian seperti Shopee dan Lazada akan bermula pada 4 November akan datang.

Jika Ear (stick) bukan pilihan anda, Ear (1) turut masih dijual. Cuma kini dengan harga baharu iaitu RM599, RM100 lebih mahal berbanding semasa awal pelancaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd