Duolingo Math Dilancarkan – Aplikasi Pembelajaran Matematik Untuk Semua Usia

Diterbitkan pada Okt 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Duolingo adalah aplikasi pembelajaran yang terkenal dengan penawaran kursus bahasa. Dua tahun lepas, mereka mula menawarkan pembelajaran ABC melalui Duolingo ABC untuk membantu anak-anak kecil membaca.

Ogos lepas, Duolingo dilaporkan ingin hadir dengan aplikasi pembelajaran matematik dan kini Duolingo Math telah dilancarkan untuk tujuan berkenaan.

Maskot burung hantu Duolingo turut akan berubah-ubah menjadi simbol matematik bagi menarik perhatian kanak-kanak. Aplikasi ini akan menawarkan beberapa kategori seperti matematik asas yang mengajar darab, bahagi atau versi dewasa yang hadir dengan ujian minda.

Aplikasi ini bukan sahaja disasarkan untuk kanak-kanak, tetapi turut untuk orang dewasa agar mudah melakukan pengiraan terus dalam minda. Akan datang, Duolingo turut akan mengajar algebra linear, dan pelbagai penyelesaian matematik yang lebih rumit.

Duolingo Math adalah aplikasi percuma buat masa ini dan tiada bayaran dikenakan atau sebarang langganan diperlukan seperti aplikasi pembelajaran bahasa mereka. Duolingo Math buat masa ini hanya ditawarkan untuk pengguna iOS sahaja dan ia boleh dimuat turun di Apple App Store.

komen


© Amanz / 2022 Kami