Siri Xiaomi 12T adalah peranti premium baharu Xiaomi yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. 12T adalah peranti kelas pertengahan premium dengan cip Dimensity 8100-Ultra, kamera 108MP, sementara 12T Pro pula adalah peranti dengan Snapdragon 8+ Gen 1 dengan kamera 200MP. Kedua-dua peranti menyokong pengecasan pantas 120W dan skrin AMOLED 120Hz.
Terkini, kedua-dua peranti ini telah disenaraikan di laman DNB untuk sokongan rangkaian 5G. Dalam ujian kami, sambungan 5G dengan telko Yes tiada masalah – cuma kelajuan Internet terhad kepada 77Mbps dan 150Mbps setakat diuji di kawasan kami.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2022/10/Xiaomi-12T-5G-YES-02-950x535.jpg)
Kami telah pun mengulas kedua-dua peranti ini, dan ia adalah antara peranti Xiaomi yang cukup baik. Jika anda berminat; Xiaomi 12T dijual di Malaysia pada harga RM1,999 untuk variasi 8/256 GB, Xiaomi 12T Pro pula pada harga RM2,699 untuk 8/256 GB dan RM2,999 untuk 12/256 GB.