Cari @ Amanz

Oxygen OS 13 adalah sistem operasi baharu OnePlus yang telah pun dilancarkan. Oxygen OS baharu ini menggunakan rekaan Aquamorphic dengan inspirasi alam semula jadi dan ketenangan. Melaluinya OnePlus menambah ciri kustomasi yang lebih mendalam, sekali gus memberi pengguna kebebasan mengubahsuai peranti masing-masing.

Always-on Display kini menyokong Spotify, ciri pertukaran audio TWS lebih pantas diperkenalkan untuk aksesori audio mereka, ciri permua turut dipertingkatkan dengan janji sambungan Internet yang lebih stabil dan pantas. Oxygen OS 13 sudah pun diberikan kepada OnePlus 10 Pro, ujian beta pula sudah diedarkan untuk OnePlus 9/9 Pro, siri OnePlus 8 dan baru-baru ini Open Beta diberikan kepada OnePlus 10T.

Baru-baru ini OnePlus telah berkongsi jadual kemaskini Oxygen OS berasaskan Android 13 untuk keseluruhan peranti mereka. Apa yang mengecewakan adalah, peranti dalam siri OnePlus Nord dilihat antara yang terakhir akan menerimanya. Jadual ini juga adalah untuk Oxygen OS 13 Open Beta dan bukannya untuk versi stabil.

Versi ini juga tidak menyertakan gabungan Oxygen OS dan Color OS, tetapi elemen yang sama boleh jelas kelihatan padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd