Carian
Siri ASUS ROG Phone 6D Dan ROG Phone 6 Batman Edition Bakal Ke Pasaran Malaysia
October 28, 2022 Amy Maizuraa

ASUS ROG Phone 6D dan 6D Ultimate telah dilancarkan sebelum ini dengan perubahan yang dilakukan pada sokongan cip pemprosesan yang digunakan. Melaluinya ia dilengkapi dengan cip MediaTek Dimensity 9000+ sekaligus menggantikan Snapdragon 8+ Gen 1 yang digunakan pada model terdahulu. Bukan itu sahaja, peranti pintar ini turut menerima kemas kini edisi khas menerusi ASUS ROG Phone 6 Batman Edition yang dilihat cukup menarik.

Bagi yang menantikan kedatangannya, Asus kini berkongsi khabar menarik dengan mengesahkan kehadirannya untuk pasaran Malaysia. Pelancaran rasmi telah dijadualkan berlangsung pada 8 November 2022, namun maklumat mengenai ketersediaan dan harga jualan rasmi masih tidak diketahui setakat ini. Seperti biasa, kemas kini selanjutnya akan kami kongsi menerusi artikel yang akan datang.

Komen