Elon Musk kini rasmi mengambil alih Twitter dan beberapa eksekutif tertinggi telahpun dipecat dengan tugas diambil sendiri oleh beliau. Tetapi kini muncul laporan dalam The Washington Post mengatakan Twitter akan membuang sehingga 25% kakitangan mereka dalam masa beberapa hari sahaja lagi.
Twitter kini mempunyai lebih 7000 kakitangan. Kakitangan yang akan dibuang kerja adalah dari bahagian jualan, produk, kejuruteraan, undang-undang dan keselamatan. Ini dipercayai adalah pusingan pertama pengurangan tenaga kerja yang akan dilakukan oleh Musk. Sebelum ini muncul laporan sebanyak 75% kakitangan akan dibuang tetapi ini dinafikan sendiri oleh Musk.