Siri Galaxy Galaxy S23 Disahkan Akan Hanya Menggunakan Cip Snapdragon

Diterbitkan pada Nov 7, 2022. oleh .

Tahun ini siri Galaxy S22 hanya ditawarkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dengan varian Exynos hanya dijual di pasaran Eropah. Keputusan Samsung untuk melakukan perubahan ini dipuji pengguna di Malaysia yang yakin bahawa cip Exynos tidak menawarkan prestasi yang setanding dengan Snapdragon.

Apabila Galaxy S23 dilancarkan Februari depan, kesemua model akan hanya menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 menurut Akash Palkhiwala yang merupakan CFO Qualcomm. Dalam laporan kewangan terkini syarikat, Palkhiwala mengatakan pegangan cip Qualcomm pada siri S22 tahun ini ialah 75% tetapi akan meningkat ke 100% bermula dengan siri S23.

Keputusan ini akan menggembirakan pengguna yang ingin peranti dengan cip Snapdragon. Penggunaan cip Exynos baharu ditangguh sementara Samsung kembali ke meja rekaan selepas kegagalan Exynos 2200 tahun ini. Buat pertama kalinya cip Exynos akan akhirnya direka khusus untuk peranti Galaxy sama seperti yang dilakukan oleh Google dan Apple. Cip ini dijangka hanya akan digunakan bermula 2025.

komen


© Amanz / 2023 Kami