Rasmi: Twitter Menjenamakan Semula “Super Follows” Kepada “Subscriptions”

Diterbitkan pada Nov 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kemaskini 23/11/22 – Twitter hari ini secara rasminya mengumumkan yang perkhidmatan langganan Super Follows mereka akan menggunakan nama baharu iaitu Subscription. Tiada butiran yang dikongsi selain perubahan nama ini. Turut tidak pasti jika perkhidmatan ini akan diperkenalkan secara lebih meluas atau masih dihadkan kepada pengguna terpilih mengikut negara tertentu.


Artikel Asal 17/11/22 – Twitter Super Follows adalah ciri membayar kepada pengguna untuk mengakses kandungan eksklusif. Ia adalah bagi membantu pempengaruh di Twitter menjana pendapatan melalui sokongan pengikut. Twitter turut memperkenalkan Spaces khusus untuk Super Follows bagi menjadikan ciri ini lebih menarik.

Terkini, Twitter dilihat akan menjenamakan semula Super Follows kepada Subscriptions. Ia adalah perkara yang sama cuma dengan nama baharu. Mereka yang menerima ciri ini perlu menyenaraikan kelebihan dan penawaran jika bayar untuk langgan, menetapkan harga langganan sendiri serta memberi butiran kaedah pembayaran untuk memudahkan pengikut.

Ciri ini mula ditemui oleh Jane Manchun Wong pada Oktober lalu, tetapi mula kelihatan pada Twitter Alpha di Android. Pengguna Twitter yang menerima akses kepada Super Follows ini dilihat masih terhad dan penawarannya juga masih terhad di beberapa negara sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami