Carian
Pelancaran Semula Twitter Blue Kini Ditangguh Ke Tarikh Yang Belum Ditentukan
November 22, 2022 Effi Saharudin

Sebelum ini Elon Musk menyatakan Twitter Blue akan dilancarkan semula pada penghujung November 2022 selepas ia digantung sementara akibat isu penipuan identiti yang serius. Antara pelan keselamatan yang akan diperkenalkan ialah ia tidak boleh dilanggan akaun berusia bawah 90 hari dan setiap kali nama ditukar calitan identiti akan ditarik sehingga identiti disahkan.

Pagi ini The Verge melaporkan pelancaran semula Twitter Blue telah ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditentukan. Elon Musk menghantar memo kepada kakitangan yang mengumumkan keputusan ini. Ia diambil bagi memastikan isu penipuan identiti yang berlau sebelum ini tidak boleh berlaku lagi.

Sebelum ini isu seperti ini tidak berlaku kerana hanya pengguna yang mempunyai kepentingan, selebriti, ahli politik, aktivis dan wartawan yang disahkan sahaja boleh mendapat calitan Verified. Tetapi Musk ingin calitan ini diberikan kepada semua pelanggan Blue tanpa sebarang pengesahan identiti menggunakan kad pengenalan misalnya. Apapun yang berlaku era Twitter Elon Musk adalah cukup berkecamuk seperti situasi politik Malaysia pasca PRU.

Komen