Carian
ZTE
ZTE Axon 40 Ultra Space Edition Dilancarkan Dengan 18GB RAM Dan Storan 1TB
November 30, 2022 Effi Saharudin

ZTE Axon 40 Ultra Space Edition dilancarkan secara rasmi semalam sebagai model paling mercu siri ZTE Axon 40. Peranti ini mempunyai kelebihan kerana dilengkapi memori sebesar 18GB RAM dan storan pula sehingga 1TB.

Ia masih lagi dilengkapi skrin 6.8″ AMOLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 80W berwayar. Sistem kamera utama menggabungkan lensa sudut lebar 64MP, ultra sudut lebar 64MP dan zum periskop juga 64MP. Sementara itu di hadapan pula sensor 16MP digunakan dengan ia terletak di bawah skrin.

Seperkara lagi yang menjadikan versi ini unik ialah penggunaan bahan seramik pada panel belakang. Seperti tahun lalu, Space Edition dilancarkan bagi menyambut kejayaan agensi angkasa lepas China. Versi tahun ini dilancarkan selepas tiga Taikonaut memulakan misi stesen angkasa Tiangong yang baru sahaja siap pembinaannya di orbit bumi.

ZTE Axon 40 Ultra Space Edition dijual pada harga RMB 5900 (~RM3715) untuk (12GB/512GB) dan RMB 7700 (~RM4848) untuk (18GB/1TB).

Komen