Cari @ Amanz

Huawei Malaysia sebelum ini telah mengesahkan yang mana ciri ECG bakal disokong pada peranti boleh pakainya menjelang penghujung tahun ini. Berkongsi lebih lanjut, perkara berkenaan kini mula diacah menerusi pengenalan Huawei Watch D yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat ini. Bagaimanapun tiada tarikh pelancaran khusus yang didedahkan setakat ini.

Seperkara yang menarik perhatian apabila poster acah dikongsi turut mempromosikan ciri ECG melaluinya. Dengan ini, jelas menunjukkan ciri ECG kelak boleh digunakan secara terus pada Huawei Watch D. Hal ini dianggap menarik kerana ciri ini mampu mengesan serangan jantung sebelum ia berlaku, sekaligus turut menyelamatkan nyawa. Dalam pada itu, lebih banyak pilihan turut tersedia buat pengguna kelak ekoran jam tanngan dengan sokongan ECG di Malaysia adalah amat terhad buat masa ini.

Seperti yang diketahui ramai, Huawei Watch GT 3 Pro juga menyokong ciri ECG. Tetapi persoalannya di sini, adakah terdapat kemaskini yang membolehkannya ciri ECG padanya digunakan kelak? Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd