Carian
Maxis Mula Menguji Sokongan 5G Di Seremban
December 5, 2022 Fahim Zahar

Sokongan 5G di Malaysia semakin berkembang. Bermula dengan Yes, kemudian Unifi Mobile, kemudian Celcom, Digi dan UMobile turut serta menawarkan sokongan rangkaian ini kepada pelanggan mereka. Tetapi sayang sekali, ia terhad kepada peranti Android sahaja dan masih belum diakses pada iPhone.

Untuk Maxis, mereka menyatakan yang mereka masih menilai lagi keperluan perjanjian akses 5G dan komited untuk menyelesaikannya secepat mungkin. Turut kami laporkan bulan lalu adalah, Maxis hanya akan menyediakan 5G secara komersil pada 2023 nanti.

Hujung minggu lalu, ketika saya sedang meluangkan masa dengan keluarga di rumah di Seremban – peranti Asus ROG Phone 6D saya menerima akses 5G secara tiba-tiba. Telko yang saya langgan adalah Maxis dan pelan yang saya gunakan adalah Maxis Postpaid 128.

Tetapi memandangkan kawasan tempat tinggal saya sambungan rangkaian Maxis tidak stabil, saya tidak dapat menguji kelajuan 5G yang optimum. Saya mula jangkakan peranti Asus bermasalah, tetapi selepas tutup/matikan peranti dan lihat tetapan 5G – memang jelas saya sedang menggunakan 5G dengan Maxis.

Ini bermakna, Maxis sudah mula menguji 5G di kawasan Seremban. Dalam perkongsian saya di Twitter, beberapa pengguna lain turut menerima Maxis 5G di kawasan Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

Komen