Adobe Akan Menjual Imej Stok Yang Dijana Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada Dis 6, 2022. oleh .

Imej stok mempercepatkan kerja dan lebih penting sekali bagi mereka yang tidak mempunyai bakat fotografi ia boleh digunakan untuk menghasilkan karya digital. Selari dengan kemajuan teknologi kecerdasan buatan yang boleh menjadi imej sekarang, Adobe mengumumkan imej yang dijana oleh kecerdasan buatan kini boleh dijual menerusi Adobe Stock.

Imej stok yang dijana kecerdasan buatan boleh dijual di Adobe Stock tetapi dengan label yang menyatakan ia bukan dijana kecerdasan buatan. Dengan penggunaan kecerdasan buatan, Adobe Stock yang kin menawarkan 320 juta imej stok boleh menawarkan lebih banyak imej yang diperlukan oleh pengkarya industri kreatif.

Adobe mengikuti langkah Shutterstock yang turut menjual imej yang dijana kepada pelanggan yang berminat berbeza dengan Getty Images yang enggan menerimanya.

komen


© Amanz / 2023 Kami