Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai pendapat mengenai bahaya media sosial kepada masyarakat sekiranya penggunaannya tidak dikawal. Ini berlaku pada semua platform yang tidak mempunyai sistem moderasi kandung. Tetapi pengarah Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) Chris Wray dipetik mendakwa Tiktok membahayakan keselamatan Amerika Syarikat.

TikTok App

Menurut beliau data pengguna di “akan diambil oleh China” dan pada waktu yang sama TikTok tidak “berkongsi nilai yang sama dengan Amerika Syarikat”. Kandungan TikTok juga didakwa Wray boleh digunakan untuk memanipulasi pengguna. Ini adalah tuduhan yang sama dilakukan Amerika Syarikat ketika di bawah pentadbiran Donald Trump yang menyebabkan perniagaan TikTok di Amerika Syarikat hampir dijual oleh Bytedance.

Bytedance
The headquarters of ByteDance, the parent company of video sharing app TikTok, is seen in Beijing on September 16, 2020. – Silicon Valley tech giant Oracle is “very close” to sealing a deal to become the US partner to Chinese-owned video app TikTok to avert a ban in the United States, President Donald Trump said on September 15. (Photo by GREG BAKER / AFP)

Tiada sebarang bukti data pengguna TikTok Amerika Syarikat dicuri oleh China. Bagi memastikan keselamatan, TikTok bersetuju memindahkan simpanan data pengguna A.S ke sistem yang ditawarkan oleh Oracle di dalam negeri.

Sementara itu di Malaysia aplikasi ini turut menjadi bualan ramai kerana menjadi platform penyebaran berunsur provokasi yang tidak dibuang dengan pantas serta didapati dibayar pihak tertentu. Selepas bertemu dengan wakil SKMM, TikTok berkata mereka kini komited untuk menapis kandungan berunsur provokatif di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd