Aplikasi Mengesan Tekanan Darah Samsung Galaxy Watch Menerima Kelulusan Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 7, 2022. oleh .

Samsung Galaxy Watch5 hadir dengan ciri mengesan tekanan darah secara terbina dan juga ECG. Tetapi sehingga kini kedua-dua ciri masih belum diaktifkan untuk pengguna di Malaysia. Tetapi menurut laporan LowYat.net, aplikasi mengesan tekanan darah untuk Galaxy Watch telah menerima kelulusan untuk digunakan di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan.

Aplikasi menerima kelulusan untuk digunakan pada pertengahan November yang lalu dengan ia disenaraikan di laman Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia. Buat masa ini tidak diketahui bilakah Samsung Malaysia akan mengumumkan ciri ini boleh digunakan pengguna tempatan. Ia mungkin akan dilakukan dalam masa terdekat kerana Huawei Watch D dengan ciri mengesan tekanan darah turut akan dilancarkan di Malaysia minggu ini.

Sedikit mengecewakan ialah di laman Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia tiada pula ciri kelulusan untuk menggunakan ciri ECG pada Galaxy Watch. Sudah beberapa tahun pengguna Galaxy Watch menanti ciri ini diaktifkan. Setakat ini hanya Apple Watch sahaja boleh melakukan bacaan ECG di Malaysia.

komen


© Amanz / 2023 Kami