Hanya Undian Pelanggan Twitter Blue Akan Dikira Untuk Mengubah Polisi Twitter

Diterbitkan pada Dis 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam Elon Musk melakukan undian sama ada beliau perlu meletakkan jawatan menguruskan Twitter. Selepas lebih sehari, hampir 58% memilih supaya beliau meletakkan jawatan tetapi beliau belum mengumumkan ingin menarik diri.

Tetapi dalam jawatan ciapan kepada seorang pengguna, Musk bersetuju dengan saranan supaya hanya undian dari pelanggan Twitter Blue akan diterima bagi mengubah polisi laman. Belum diketahui bilakah ini akan dikuatkuasakan. Sejak mengambil alih Twitter, Musk akan mengumumkan satu polisi baharu kemudian menariknya semula dalam masa beberapa jam.

Contoh terbaik ialah semalam Twitter mengumumkan perkongsian URL ke laman media sosial pesaing seperti Instagram akan menyebabkan akaun pengguna digantung. Lapan jam selepas polisi diumumkan, Musk berkata kelonggaran akan diberikan. Laman perubahan polisi yang diterbitkan tadi telahpun dipadam bersama pengumuman yang dilakukan pada akaun Twitter rasmi.

komen


© Amanz / 2023 Kami