Cari @ Amanz

Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro telah pun dilancarkan secara rasmi. Kedua-dua peranti ini menggunakan kamera Leica dan rekaan yang lebih menarik. Xiaomi 13 dilihat hadir dengan rekaan rata pada keseluruhan peranti, sementara Xiaomi 13 Pro masih ada rupa Xiaomi 12 Pro dengan skrin melengkung.

Ramai persoalkan kepada Xiaomi, kerana variasi Pro masih lagi menggunakan skrin melengkung tetapi variasi bukan Pro boleh rata. Menurut Lei Jun, skrin melengkung digunakan untuk memastikan peranti nampak nipis dan ia sedap dipegang. Sementara jika model Pro menggunakan skrin rata ia akan menjadi terlampau tebal dan pengguna mungkin tidak akan suka memegangnya.

Xiaomi 13 Pro menggunakan skrin OLED 6.73-inci 2K, 120Hz, HDR10+, Dolby Vision dan dijana Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman mencapai 512GB UFS 4.0. Kamera adalah 50MP 1″ Leica Sony IMX989.

Xiaomi 13 Pro sudah pun memasuki SIRIM, memberi petanda pelancaran akan berlaku tidak lama lagi. Apa kata anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd