Carian
Sony Honda Mobility Akan Memperlihatkan Kereta Pertama Di CES 2023
December 24, 2022 Effi Saharudin

Sony Honda Mobility ditubuhkan tahun ini bagi membangunkan kereta elektrik pintar pertama hasil gabungan dua gergasi Jepun ini. Terdapat pelbagai spekulasi mengenai kenderaan pertama kerana Sony adalah nama baharu dalam industri permotoran dan Honda pula agak perlahan memasuki arena kereta elektrik berbanding pesaing.

Misteri mengenai kereta pertama mereka akan terungkai di CES 2023 dengan pengumuman Sony Honda Mobility akan dilakukan pada 4 Januari. Dalam imej acah pengumuman yang dilakukan minggu ini, hanya sebahagian sisi kenderaan ini dikongsi. Ia mirip dengan sisi Sony Vision-S yang diumumkan di CES 2020 dan SUV Sony Vision-S 02 pula pada CES 2021.

Sony Vision-S telah telahpun menjalani pelbagai siri ujian di jalanan sejak diperlihatkan sebagai konsep. Sony Honda Mobility telahpun mengatakan kereta elektrik pertama mereka akan mula dipasarkan pada 2025. Antara tarikan ialah ia akan dilengkapi konsol PlayStation 5.

Komen