Carian
Fortnite Mungkin Akan Kembali Ke iPhone Tahun Ini
January 3, 2023 Effi Saharudin

Aplikasi Fortnite ditendang keluar daripada App Store selepas Epic Games menawarkan pembelian dalam aplikasi (AIP) menggunakan sistem mereka sendiri dan memintas sistem pembayar App Store. Apple melihat ini sebagai melanggar terma dan syarat kerana ingin mengambi potongan 30% pada setiap transaksi yang dilakukan. Maka oleh itu sejak 2020, aplikasi Fortnite tidak lagi boleh dimuat turun pada iPhone.

Tetapi pada 1 Januari lalu, Tim Sweeney yang merupakan CEO Epic Games menghantar ciapan yang memberikan petanda bahawa Fortnite mungkin akan kembali ke peranti iOS tahun ini. Ini besar kemungkinan berkaitan dengan Apple yang berkata mereka akan membenarkan pemasangan aplikasi secara sideloading bagi mematuhi Digital Markets Act (DMA) di Eropah yang memerlukan stor aplikasi alternatif disokong pada peranti mudah alih.

Sebelum dihalang daripada App Store, Fortnite adalah antara permua yang mencatatkan pendapatan tertinggi di App Store dan Play Store.

Komen