Eksekutif OnePlus Mengesahkan Tiada Model Pro Untuk OnePlus 11

Diterbitkan pada Jan 5, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus 11 telah pun dilancarkan di China semalam dengan rekaan yang dikatakan inspirasi daripada lohong hitam di angkasa untuk modul kamera peranti ini. OnePlus 11 dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 16GB RAM LPDDR5X, storan 512 GB UFS 4.0, skrin AMOLED QHD+ 120Hz Dolby Vision, Kamera Hasselblad 50+48+32 MP, kamera swafoto 16 MP dan juga pengecasan 100W.

Jika dilihat pada spesifikasi, ini adalah kali pertama OnePlus model bukan Pro menggunakan spesifkasi yang berkuasa. Ini kerana seperti yang kami laporkan tahun lepas, OnePlus tidak lagi akan menyertakan model Pro dan OnePlus 11 adalah model mercu tahun ini.

Baru-baru ini, eksekutif OnePlus di China telah mengesahkan yang tiada model OnePlus 11 Pro – tetapi OnePlus 11 adalah peranti yang setaraf dengan model Pro. Tahun lepas, OnePlus 10 Pro juga adalah satu-satunya peranti paling mercu mereka dengan model 10T dilancarkan dengan pelbagai pengorbanan.

Jadi tahun ini mereka mungkin ingin fokus kepada satu model, kemudian akan memberi peluang kepada model kelas lain. Model T untuk tahun ini masih tidak pasti lagi akan dilancarkan ataupun tidak. Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2023 Kami