Harga Langganan Telegram Premium Meningkat RM1 – Kini RM14.90 Sebulan

Diterbitkan pada Jan 10, 2023. oleh .

Aplikasi permesejan popular, Telegram kini dilihat menyeleraskan sekali lagi penawaran harga langganan mereka. Pada awalnya, Telegram memperkenalkan pelan Telegram Premium pada harga RM22.90 sebulan, sebelum mengurangkan ia kepada RM13.90 sebulan sejak September lepas.

Kini, sekali lagi pihak Telegram melakukan perubahan pada harga langganan Telegram Premium, dan kini ia disenaraikan pada harga langganan RM14.90 sebulan – memperlihatkan peningkatan sebanyak RM1.

Tidak diketahui buat masa ini, mengapakah perubahan harga ini berlaku.

Telegram Premium menawarkan sejumlah ciri-ciri kepada pengguna, termasuk bebas daripada pengiklanan, sokongan perkongsian fail bersaiz lebih besar, kadar muat-turun lebih pantas, serta sejumlah ciri-ciri menarik yang lain.

Bagi anda sendiri, adakah anda melanggan Telegram Premium. Adakah ia berbaloi untuk dilanggan pada harga RM14.90 sebulan?

komen


© Amanz / 2023 Kami