Vivo X90 Dan X90 Pro Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada 3 Februari 2023
Amy Maizuraa
Enggan terus berteka-teki, Vivo Malaysia kini berkongsi lanjut mengenai tarikh pelancaran rasmi untuk peranti mercu baharunya. Ia dijadualkan berlangsung pada 3 Februari 2023 dan boleh diakses secara dalam talian menerusi laman Facebook rasmi. Sebanyak dua buah peranti bakal diumumkan kelak yang terdiri dengan Vivo X90 dan Vivo X90 Pro.

Kemampuan fotografi yang baik masih menjadi fokus utama pada siri kali ini. Ia boleh dilihat dengan jelas menerusi kerjasama di antara Vivo dan Zeiss untuk kebolehan kamera pada peranti. Sebahagian besar spesifikasi pada peranti adalah sama dengan sokongan skrin AMOLED 120Hz, cip MediaTek Dimensity 9200, kamera swafoto 32-Megapixel dan pengecasan pantas 120W.

Perbezaan ketara pula boleh dilihat menerusi tetapan kamera utama dan kapasiti bateri. Di mana, sensor 50MP + 12MP + 12MP dan bateri 4,810mAh digunakan pada Vivo X90. Sementara itu variasi pro pula dilengkapi kamera 50 MP + 50 MP + 12 MP dan bateri sebesar 4,870mAh. Harga jualan masih belum didedahkan setakat ini tetapi kami akan berkongsi mengenainya selepas pelancaran rasmi kelak.
[info] Baca – Pandang Pertama Vivo X90 Pro – Kemampuan Fotografi Zeiss Jadi Sandaran [/info]
[info] Baca – Pandang Pertama Vivo X90 – Fokus Fotografi Memang Menjadi [/info]