Cari @ Amanz

Selepas membuang 12,000 kakitangan minggu lalu, Google kini berdepan pula saman yang bakal difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) kerana didakwa mendominasi pasaran pengiklanan negara tersebut menurut Bloomberg. Antara kesalahan yang didakwa dilakukan Google ialah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk mengelakkan persaingan dalam pasaran.

Sekiranya sama difailkan minggu ini ia adalah kali kelima Google disaman kerana amalan perniagaan pengiklanan mereka. Pengiklanan di Amerika Syarikat mempunai nilai $278.6 bilion setahun dan di peringkat global pula ialah $626.86 bilion setahun dengan Google mempunyai pegangan terbesar.

Google telahpun menafikan pertuduhan ini dan berkata penawaran mereka kompetitif seperti yang ditawarkan oleh Meta, Amazon dan Microsoft. Di Perancis mereka bersetuju membayar denda €220 Bilion kerana sistem pengiklanan Google Ad Manager yang digunakan merekan untuk membida slot didapati memberikan kelebihan kepada Google AdX berbanding pesaing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd