Tablet OnePlus Mungkin Diperkenalkan Seiring Dengan OnePlus 11 5G

Diterbitkan pada Jan 26, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang diketahui ramai, OnePlus telah menjadualkan sebuah acara pelancaran untuk sejumlah produk baharu pada 7 Februari hadapan. Melaluinya mereka bukan sahaja bakal hadir dengan telefon pintar, malahan aksesori audio, papan kekunci dan televisyen pintar turut sama diumumkan kelak.

Terkini muncul pula desas-desus mengenai tablet OnePlus yang dijangka turut diperkenalkan pada acara yang sama. Dikenali sebagai OnePlus Pad, ia telah ditemui tersenarai pada laman web rasmi OnePlus India bersama-sama dengan OnePlus 11 5G, OnePlus 11R 5G, OnePlus Buds Pro 2 dan OnePlus TV 65 Q2 Pro. Hasil semakan kami bagaimanapun mendapati tab berkenaan kini telah diubah menjadi ‘What’s More’ dengan gambaran sebuah produk yang berbentuk empat segi.

Berita mengenai kewujudan tablet OnePlus bukan suatu hal yang baharu, sebaliknya sudah kedengaran sejak dua tahun yang lalu. Jangkaan ketika itu turut mengatakan ia bakal diumumkan pada awal tahun 2022 dan ketirisan baharu ini seakan membenarkannya. Bagi melihat apakah kejutan yang disediakan oleh OnePlus buat pengguna setia? Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2023 Kami