Sokongan mod professional dengan format RAW membolehkan gambar diambil terus daripada sensor tanpa melalui sebarang pasca-proses. Ia juga telah sedia boleh digunakan pada sebilangan peranti mercu Samsung menerusi aplikasi Expert RAW yang turut menyediakan lebih banyak kawalan mendalam pada kamera peranti. Ini termasuklah pada peranti S21 Ultra dan S22 Ultra.

Tetapi bagaimana pula dengan siri Samsung Galaxy S23? Melaluinya, Adobe telah mengumumkan bahawa telefon pintar di bawah siri Galaxy S23 kini mengintegrasikan aplikasi Adobe Lightroom sebagai suntingan foto lalai bagi gambar RAW yang diambil dengan aplikasi Expert RAW. Bersama-sama dengannya, pengguna kini boleh mengawal pelbagai tetapan professional pada kamera peranti siri Galaxy S23.

Ini termasuklah kebolehan untuk mengubah ISO, tetapan aperture dan kelajuan pengatup seperti yang terdapat pada kamera nircermin atau DSLR. Selepas foto diambil, ia boleh disunting dalam aplikasi Lightroom daripada Adobe yang kini menjadi aplikasi suntingan lalai pada peranti Galaxy S23.

Siri Samsung Galaxy S23 telah dilancarkan secara rasmi yang terdiri dengan tiga model berbeza. Ia merangkumi Samsung Galaxy S23, Samsung Galaxy S23+ dan Samsung Galaxy S23 Ultra. Paling menarik adalah penggunaan lensa sudut lebar 200MP ISOCELL HP2 yang mempunyai kemampuan menggabungkan 16-pixel menjadi satu bagi menghasilkan imej lebih tajam.