Carian
Netflix Mengembangkan Ciri Menghalang Perkongsian Kata Laluan Ke Empat Lagi Negara
February 9, 2023 Effi Saharudin

Jika anda pelanggan Netflix di Kanada, New Zealand, Portugal dan Sepanyol era perkongsian kata laluan anda kini berakhir. Netflix mengembangkan ciri menambah profil pada akaun untuk pengguna yang tidak duduk di alamat yang sama di empat negara di atas setelah sebelum ini memperkenalkannya di beberapa negara Amerika Latin.

Pelanggan boleh menambah dua lagi profil pada setiap akaun dengan dengan bayaran CAD$7.99 (RM26) sebulan untuk satu profil. Langkah ini diambil untuk mengelakkan amalan perkongsian kata laluan yang dipercayai dilakukan oleh sekitar 100 juta akaun sekarang.

Dengan pengenalan ciri menambah profil, ucapkan selamat tinggal juga kepada amalan berkongsi akaun dengan adik beradik, ibu bapa, kekasih dan rakan sepejabat. Netflix mengesahkan ciri ini akan dikembangkan ke negara-negara lain dalam masa beberapa bulan akan datang.

Perkongsian kata laluan menyebabkan Netflix mengalami kerugian. Tetapi melihat reaksi pelanggan sedia ada, pengenalan ciri menghalang perkongsian kata laluan ini turut akan menyebabkan pelanggan membatalkan langganan sebagai tanda protes.

Komen