Cari @ Amanz

Aplikasi Notepad Windows 11 Akan Menyokong Tab Tidak Lama Lagi

Link Copied!

Windows 11 dilihat semakin menarik untuk digunakan, lebih-lebih lagi untuk produktiviti dan kerja multi-tugasan. File Explorer kini menyokong tab untuk tidak membuka banyak tetingkap dan kelak akan menerima kemaskini antaramuka sekali lagi. Facebook Messenger mula menyokong widget dan Snipping Tools pula bakal hadir dengan sokongan rakaman skrin.

Kini dalam Windows 11 Insider Preview Build 22621.1255 dan 22623.1255, Microsoft telah mengemaskini aplikasi mencatat nota mereka Notepad dengan sokongan tab pula. Aplikasi Notepad ini hadir dalam versi 11.2301.17.0 dan apabila pengguna membuka fail nota seperti .txt baharu akan diberi pilihan sama ada dibuka pada tab baharu atau dalam tetingkap lain.

Notepad baharu ini turut menyokong akses pintas menggunakan kekunci untuk menukar antara tab dengan mudah. Jika anda pengguna Windows 11 dan menggunakan Notepad, adakah ciri ini menarik untuk anda? Kerana untuk saya, catatan nota semuanya menggunakan aplikasi Nota Lekit (Sticky Note) sahaja selama ini.


Komen ()