Realme 10 4G telah pun dilancarkan secara rasmi tahun lepas, tetapi masih belum tiba untuk pasaran Malaysia. Hari ini akhirnya selepas berkali-kali Realme Malaysia mengacah ketibaan peranti ini untuk pasaran tempatan, Realme 10 4G dilancarkan secara rasmi di sini.

Peranti ini hadir dengan skrin 6.4″ AMOLED FHD+, dijana cip Helio G99 yang dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB UFS2.2 yang boleh dikembangkan dengan kad mirkoSD serta turut menyokong dua slot kad SIM Nano 4G. Untuk kamera, Realme 10 4G menggunakan konfigurasi 50+2 Megapixel dan kamera swafoto 16 Megapixel.

Bateri peranti adalah 5000mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 33W. Peranti turut hadir dengan pengibas cap jari di sisi dan dengan Realme UI 3.0 berasaskan Android 12, sokongan imbasan wajah turut disediakan. Realme UI 3.0 pada peranti ini turut memuatkan pelbagai ciri kamera menarik untuk memanfaatkan sensor 50MP yang digunakan.

Di Malaysia, Realme 10 4G ditawarkan dengan dua pilihan warna Rush Black atau Clash White. Harga jualan adalah RM999. Hanya ada satu variasi sahaja iaitu 8/256 GB dan sempena pelancaran, mereka yang berminat untuk dapatkan peranti ini boleh terima Realme Band 2 secara percuma jika melakukan pra-tempahan daripada 14 Februari ke 16 Februari di kedai fizikal Realme.