Semakin ramai pengguna menyedari nilai data peribadi mereka yang selama ini diberikan untuk menggunakan perkhidmatan “percuma”. Dengan pengguna yang semakin cakna tentang pentingnya privasi, Google mengumumkan Privacy Sandbox tahun lalu.

Hari ini Google mengumumkan Privacy Sandbox for Android Beta dengan ia diberikan kepada sebilangan kecil pengguna peranti Android 13. Menerusi ciri ini privasi data pengguna akan diperketat dengan aktiviti tidak lagi boleh dijejak di pelayar web dan aplikasi yang digunakan. Pengguna boleh menetapkan minat untuk beberapa topik bagi membenarkan iklan tertentu disasarkan kepada mereka tanpa ia dipaparkan mengikut sejarah penggunaan terdahulu.
Dengan kata lain Privacy Sandbox ialah sama seperti ciri App Tracking Transparency yang diperkenalkan oleh Apple sejak 2021.