Cari @ Amanz

Razer DeathAdder V3 Pro adalah tetikus gaming yang hebat dan ringan. Penggunaannya cukup menarik sehingga ulasan kami menerima skor 9/10. Terbaru, Razer melancarkan Razer DeathAdder V3 yang lebih ringan iaitu 59 gram. Bukan itu sahaja, tetikus ini juga dilengkapi ciri sama dengan model Pro – bezanya adalah berwayar dan bukan nirwayar.

Ini bermakna DeathAdder V3 menggunakan rekaan ergonomik, mempunyai sisi melengkung, butang dengan kesan taktil dan mengekalkan roda tatal dan butang sisi yang mudah diakses. Sensor optikal Razer Focus Pro 30K digunakan untuk kejituan resolusi mencapai 99.8%.

Sensor ini turut dikuasakan oleh sistem kecerdasan buatan untuk sokongan Smart Tracking, Motion Sync, Asymmetric Cut-off dan menggunakan butang dengan suis Razer Optical Mouse Switches Gen-3 untuk kemampuan dwi-klik tanpa sela masa yang bertahan sehingga 90 juta kali klik.

Seperti model Pro yang menyertakan kabel Speefflex, DeathAdder V3 mempunyai kabel sama terus bersambung pada peranti. Harga jualan rasmi di Malaysia adalah RM349, iaitu RM400 lebih murah berbanding model Pro.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd