Cari @ Amanz

YouTube Menguji Ciri 1080p Premium Dengan Kadar Bit Tinggi

Link Copied!

Tahun lepas, YouTube menguji ciri mengehadkan penstriman 4K khusus untuk pengguna yang melanggan YouTube Premium sahaja. Ujian ini dihentikan selepas dikecam ramai pengguna.Terkini YouTube nampaknya menguji satu lagi ciri baharu khusus untuk pengguna Premium, iaitu 1080p Premium. Ia adalah video pada resolusi 1080p tetapi dengan kadar bit yang lebih tinggi.

Seperti semua sedia maklum, video-video di YouTube telah dimampatkan yang menjejaskan kualiti walaupun pada resolusi 1080p. Antara isu YouTube ialah ia tidak dapat menunjukkan aksi pantas dengan baik khususnya untuk kandungan permainan video sehingga ada kawasan pada video nampak pecah atau memaparkan kesan artifact yang kurang menyenangkan.

Kini, akan datang pengguna YouTube Premium dapat menikmati kandungan 1080p pada kualiti yang lebih tinggi. Tidak lagi perlu bergantung kepada peranti tertentu dan semuanya adalah dari YouTube sendiri. Apa kata anda mengenai ciri ini?


Komen ()