Carian
OnePlus Nord 3 Dikatakan Akan Dijana Dengan Cip Dimensity 9000
February 24, 2023 Fahim Zahar

OnePlus dikatakan masih akan meneruskan siri Nord mereka tahun ini dan model terkini adalah Nord 3. Sebelum ini telah kami laporkan yang peranti ini mungkin adalah Realme GT Neo 3 yang dijenamakan semula.

Tetapi terkini MySmartPrice melaporkan OnePlus Nord mungkin dilengkapi spesifikasi lebih berkuasa seakan peranti mercu asas kerana dijangka akan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 9000. Skrin peranti pula adalah 6.72″ AMOLED 120Hz, dimuatkan dengan bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan 80W – bukan 150W seperti dilaporkan sebelum ini.

Untuk memori, OnePlus dikatakan mungkin akan menawarkan RAM sehingga 16GB dengan storan dalaman 256GB. Konfigurasi kamera pula adalah 50+8+2 Megapixel, tetapi tidak pasti jika sensor sama akan kekal digunakan ataupun tidak. Selain itu, suis lungsur notifikasi turut akan dikekalkan pada peranti ini.

OnePlus Nord 3 dijangka akan dilancarkan pada pertengahan Jun akan datang atau paling lewat sekitar bulan Julai.

Komen