OnePlus Nord 3 Mungkin Adalah Realme GT Neo3 Yang Dijenamakan Semula

Diterbitkan pada Mac 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus Nord adalah peranti kelas pertengahan premium yang cukup popular daripada OnePlus. Tidak lama lagi OnePlus akan melancarkan OnePlus Nord 2T kemaskini kepada Nord 2 dan Nord 3 pengganti peranti Nord utama.

OnePlus Nord CE2

Digital Chat Station baru-baru ini telah mendedahkan beberapa spesifikasi peranti OnePlus Nord 3. Peranti ini akan menggunakan skrin 6.7-inci daripada panel OLED daripada BOE dengan lubang untuk kamera swafoto daripada sensor 16MP. Skrin akan mempunyai resolusi FHD+ dan mungkin hadir dengan kadar segar semula 120Hz.

Peranti akan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 8100, memori 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman berasaskan UFS 3.1. Kamera utama pula adalah 50MP IMX766 f/1.88, 8MP dan 2MP, bateri pula adalah 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 150W seperti yang dilaporkan sebelum ini. Peranti ini juga akan mempunyai sistem getaran bertaraf mercu iaitu getaran motor paksi-X dan pengimbas cap jari bawah skrin jenis optikal.

Peranti OnePlus Nord 3 juga dikatakan mungkin adalah Realme GT Neo3 yang dijenamakan semula, kerana mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama.

komen


© Amanz / 2022 Kami