LLaMA Menjadi Ayam Tambatan Meta Untuk Mencabar ChatGPT
Effi Saharudin
Kecerdasan buatan ialah teknologi yang menjadi ayam tambatan syarikat teknologi untuk kekal kompetitif. ChatGPT yang dibangunkan OpenAI menjadi perhatian pengguna keran kemampuannya yang menakjubkan memaksa Google melancarkan Bard dan China melancarkan MOSS. Hujung minggu lalu Meta melancarkan pula LLaMA yang merupakan jawapan mereka untuk ChatGPT.

LLaMA ialah singkatan untuk Large Language Model Meta AI dan adalah kecerdasan buatan yang dilalukan menggunakan 20 bahasa utama dunia. Ia dilatih menggunakan data sumber terbuka CCNet, C4, Wikipedia, ArXiv, dan Stack. Keupayaan LLaMA tidak diketahui kerana tidak seperti ChatGPT, Meta hanya akan menawarkan akses kepada penyelidik kecerdasan buatan sahaja buat masa ini bagi memastikan ia digunakan bagi tujuan yang beretika sahaja.
Dalam pengumuman yang dilakukan oleh Mark Zuckerberg, beliau berkata LLaMA menggunakan model asas yang lebih kecil oleh itu tidak memerlukan kuasa memproses yang tinggi. Ketika ini LLaMA belum diintegrasikan ke dalam sebarang produk keluaran Meta. Kerana akses adalah terhad, penyelidik yang berminat mencuba perlu menghantar permohonan kepada Meta menerusi pautan di bawah.
[sumber] Sumber – Meta AI [/sumber]